Nuffnang...

Followers

::Dapur Chugie:

HAK CIPTA TERPELIHARA

- Segalanya tentang makanan-


Friday, May 28, 2010

Jom Join Food Review by catlina!!!

Salam...

yes! akhirnye dapat juga aku lepaskan entry untuk promote Food review ni!
Tolong kawan...
Aha... aku tau, ada geng2 blogger yang punya blog masakan kan??
So, apa lagi.. jom lah join and support rakan blogger kita ni..
Biar die review korang punya blog masakan atau blog tentang makan2!!

Tak susah pun.. senang je...
Lagi pun bukan kene bayar pun..
Cat akan datang ke blog yang korang beri tu, dan akan buat a bit review ttg blog tu..
don't worry k, she never say anything bad about your blog, insyaallah..

Aku juga telah turut serta.. dan blogku itu juga telah di review oleh catlina..
Syok bangat!
berminat tak?? click SINI..

Thursday, May 27, 2010

Kafe D'Manggis

Kafe D'Manggis
Restoran ni baru lagi beroperasi..
Lebih kurang dalam sebulan.
Kawasan dia pun memang cantik, luas dan selesa..
Cuma servis yang agak lambat jugak lah, mungkin baru lagi.


Menu..
Masakan yang di sediakan berkonsepkan ala carte masakan panas dan western..
Restoran ni terletak betul2 berhadapan dengan jalan besar dari Sg plong ke Kuang / Sri Kundang
Gambar atas ni permandangan dari hadapan jalan besar..

Suasana dalam kedai yang besar dan selesa..

Ada juga ruangan untuk meraka yang datang dengan ahli keluarga yang ramai..

sambil tunggu makanan, mereka beri kami kacang ni..
so, bleh lah kunyah2 dulu sebelum makanan sampai.
Minuman kami.. Sirap selasih dan fresh oren
Fresh oren nya kurang umph! boleh lah sekadar nak membasahkan tekak.

Grill Chicken Chop ( blackpaper sos)
Biasanye aku makan Grill chicken dengan sos cendawan.. lebih sedap dan lebih umph!
Boleh tahan!!
Lamb chop
pun boleh tahan dan licin gak suamiku makan..
see.. tengok tu, kan dah kate.. licin...!!
So, nak try makan kat sini ke??
jom!
pastu buat review korang sendiri k..
-chugie-

Monday, May 24, 2010

Masak lemak cili api siput sedut dan pucuk paku

Siput sedut & pucuk paku masak lemak cili api


Bahan2nya:
Santan
cili api - ditumbuk
kunyit hidup -di tumbuk
serai
daun kunyit
Siput sedut
pucuk paku

-Siput sedut-
wajib lah adakan..

pucuk paku..

Cara Penyediaannye,
Daun kunyit, serai dan Kunyit idup dan cilipadi yang di tumbuk, di masukkan kedalam santan..
dan masak santan hingga mendidih..
Kacau supaya tidak pecah minyak..
Setelah mendidih, masukkan siput sedut tadi..
dan kemudian masukkan pula pucuk paku..
Kacau lagi sehingga masak..


nah! sedia di hidang...

BBQ Chicken

BBQ Chicken..
Restoran korea no 1..
BBQ ni stand for Best of the Best Quality..

Merupakan Restoran halal yang hanya menggunakan minyak zaitun dalam masakan..

Terdapat berbagai jenis hidangan dan desert yang menyelerakan sebagai pilihan..

Tak lupa juga minumannye..

antara hidangan yang menggunakan olive oil..
ayam goreng ini di goreng menggunakan minyak zaitun,
dan rasa yang tidak banyak menggunakan perasa tambahan..
Nasi yang agak melekit.. di gaul bersama sayuran dan hirisan cendawan..
Dimakan bersama coleslow yang segar..
Sandwich ni besar dan boleh dimakan untuk 3 -4 orang.
Ayamnya di panggang menggunakan minyak zaitun..
Antara hidangan yang di syorkan oleh chef di sana..
Nak tahu lebih lanjut? sila ke BBQ CHICKEN
untuk restoran ni aku beri 3 Bintang..
-chugie-

Saturday, May 15, 2010

Masak Lemak Labu dan Terung Telunjuk

Hmm.. sedapnye labu..

Bahan2nye..
Setengah biji labu - di buang kulit dan biji kemudian di potong dadu
5-6 batang terung telunjuk
4-5 cawan santan - dari sebiji kelapa
Sebiji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit serbuk kunyit
kalau nak pedas, boleh lah letak cili padi skit.

Cara penyediannya..
Masukkan sedit serbuk kunyit kedalam Santan, dan masak sehingga mendidih.. jangan sampai pecah santan ye.. nanti jadi lain pulak
bila dah mendidih, masukkan bawang, Labu dan Terung..
Biarkan bahan2 tadi masak, dan hendaklah sentiasa di kacau dengan api yang tidak terlalu besar.

Bila labu dan terung dah empuk, siap untuk di hidangkan..

Selamat mencuba!

Friday, May 14, 2010

Puding roti

Kali ni nak Share resipi Puding roti pulak..

Sebelum ni pernah posting kat Iezmierah's blog, tapi dah bercampur dengan others entry..
So better kompil kan kat Blog ni je kan..

So, Bahan2nya..
3 Biji telur - Dipukul hingga kembang
5 keping roti - Di potong dua
2 sudu mentega - di biarkan cair dalam suhu bilik
1/2 - 1 sudu tepung jagung
esen vanilla - aku guna dalam setitik je utk ilangkan bau anyir telur
susu Segar / susu cair
Kismis - ikut suka nak letak bape banyak

Cara penyediannya..
1- Roti di susun dalam bekas di selang dengan taburan kismis..
2- masukkan susu segar kedalam roti yang disusun sehingga roti tu agak tenggelam..
3- biarkan bahan tadi di rendam dalam sejam
4- pukul telur hingga kembang, masukkan butter dan esen vanilla.. dan pukul lagi hingga kembang..
5- kemudian, tuangkan kedalam bekas berisi roti tadi..
6- bakar selama 20-30 minit mengikut citarasa korang.. ( sebab aku sukakan puding roti yang agak garing di atsnye.. so lame skit..)

Boleh lah dimakan dengan sos kastard atau makan macam tu je..

Selamat mencuba..

bestnye...!!