Nuffnang...

Followers

::Dapur Chugie:

HAK CIPTA TERPELIHARA

- Segalanya tentang makanan-


Sunday, August 22, 2010

Buffet Ramadhan @ Cafe D'Manggis

Salam..
sabtu lepas kami sekeluarga beriftar di Cafe D'manggis..
memandangkan cafe ni antara yang paling hampir dengan rumah,
maka kami ambil keputusan untuk berbuka puasa kat sini je..
Ok, cafe ni terletak betul2 berhadapan jalan besar batu 17 kuang, selangor.
Mudah je kalau nak ke cafe ni..
Alhamdulillah.. makanan die sedap, dan puas hati gak dengan layanan yang di beri..
cuma air je.. semua manis2!! yelah.. masing2 puasa kan?
so tak dapat lah nak merasa air yang di buat tu..
Jom layan gambar2 yang sempat aku snap masa berbuka tu..


It reserved by my sis..
aku cuma tukang bagi idea je..
suasana di cafe tu..
besar cafe ni.. boleh di panggil restoran sebenarnye.

Penuh dengan lampu2..
dekorasi yang cukup santai..
dengan keluasan yang sangat selesa.

Hidangan terletak di bawah canopy2 tu...
ada 2 tempat meletakkan hidangan,
1 bahagian lauk pauk..
dan 1 lagi bahagian desert, minuman dan side food..

Masa ni, orang tak ramai lagi,
masing2 baru sampai dan tengah ambil tempat duduk..

yang ni di ruangan side food dan desert.
Desertnye- bubur pulut hitam, kuih muih, dan buah buahan..
Minuman - Sirap, oren, bandung, air kelapa, air kelapa laut, air kosong dan ABC..
banyakkan??
-Bubur pulut hitam memang the best! adik2 aku siap tambah 2 kali lg..-
Ada sup.. mee, bihun dan k.teow..
kalau nak makan sup dengan daging atau ayam pun boleh.
-rasa supnye, bleh tahan.. sbb rempah die agak kuat, so tak kena dengan tekak aku..
tapi, hubby aku suka!-
bahagian side food..
nasi ayam yang sedap!
memang kami makan dengan licinnye..
sesuai untuk kanak2..
Ni lah dia bahagian desert..
-Bubur pulut hita, kuih muih dan buah-buahan.. memang banyak dan sedap!-

Bahagian ulam-ulaman... macam2 ada!
dari ikan rebus ke ikan masin..
dari petai ke jering..
dan ulam2 daun..
serta berbagai jenis sambal dan pencicah..
bahagian lauk pauk dan Nasi briyani.. ade daging kambin dan lembu.
Lauk nye bukan sahaja masakan kampung, tapi juga di campur dengan masakan cina..
overall, semuanya sedap!
antara hidangan di meja aku dan adik2..

fatin pun suka ngan makan kat situ tau.
Kalau nak compare aku dan fatin,
rasanya fatin lagi banyak makan dari umminye ni..
tak sempat nak suap ke mulut kita, die dah mangamuk sakan..
sebelum menutup tirai..
ummi dan fatin nak enterprem juga..
Alhamdulillah.. makanan yang di hidang sedap2..
boleh lah untuk orang2 berpuasa nak menyental! ahahahahaha:))
Harga : RM28 untuk dewasa, dan RM14 untuk kanak2 melebihi umur 4 tahun.
sekian dulu...
-Chugie-

Friday, August 20, 2010

Bihun Goreng Singapore

Bihun Goreng Singapore
Menu berbuka semalam... sesuai untuk anak2 tau. sebab tak pedas..
Bahan-bahannya:
Sebungkus Bihun yang di celur lembut
**5 ulas Bawang putih
**4 ulas Bawang merah
**10 ekor ikan bilis (atau boleh juga guna udang kering)
(** bahan2 ni di kisar)
*sotong
*udang
*Fish cake
*Fish ball
(*sukatan ikut suka anda ya)
sedikit kobis, taugeh dan sekeping tauhu yang di goreng dan di hiris kiub.
2 biji telur
lada sulah
lada hitam yang di tumbuk hancur
garam dan bahan perasa
Cara memasak:-
Tumis bahan kisar hingga masak, kemudian masukkan sotong dan udang. Goreng hingga masak.
Kemudian, masukkan garam, bahan perasa, lada sulah dan lada hitam secukup rasa dan gaul rata.
Masukkan pula fish cake, fish ball. gaul rata..
Pecah kan telur, kemudian masukkan mihun dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan sayur kobis, taugeh dan tauhu.. kacau bihun tadi hingga masak..
Sedia untuk di hidang..
sebagai hiasan, boleh lah tabur cili potong, tauhu dan daun bawang/ daun sup.

Saturday, August 14, 2010

Kuih Onde onde, buah melaka

Onde-onde @ Gula melaka

Bahan

10 helai daun pandan di kisar dan di ambil airnya

2 cawan tepung pulut

gula melaka yang telah di potong dadu

kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam

caranya,

masukkan tepung pulut, dan uli bersama air pandan..

uli hingga tepung tu boleh di cubit.

kemudian, ambil lebih kurang sebesar bebola ikan atau mengikut citarasa anda,

dan masukkan seketul gula melaka kedalamnya,

panas kan air hingga menggelegak, dan masukkan tepung yang berinti gula kedalamnya.

biarkan onde2 tu timbul, dan barulah diangkat dan di toskan..

Tos kan sekejap, kemudian barulah di gaul ke dalam kelapa yang di parut td.

sedia untuk di hidang...

bestnye...!!