Nuffnang...

Followers

::Dapur Chugie:

HAK CIPTA TERPELIHARA

- Segalanya tentang makanan-


Thursday, April 29, 2010

Sambal TOKOK


Sambal toko ini adalah versi aku, yang aku belajar dari arwah mak.. buat masa ni tak pernah lagi jumpa kat kedai2 makan atau restoran2 lain..
Jom layan bahan dan cara nak buat. so easy tau!
bahan2..
6 tangkai cili api
10-12 ekor ikan bilis - korang agak2 ler sendiri
2 biji limau kasturi
garam, gula dan pak aji
cara2nye..
cili, dan ikan bilis tu di rebus sekejap.. sampai nampak dia cam masak skit.
dah rebus, keluarkan ikan bilis dan cili tu, tapis air dia.
tumbuk cili api sampai lumat, masukkan garam, gula dan pak aji.
kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk. Tapi jangan sampai lumat k..
lepas tu masukkan lah air perahan limau dan gaul rata..
dah siap!! bleh lah makan dengan nasi panas...

Wednesday, April 21, 2010

Sambal Sotong


..SAMBAL SOTONG..

yeay!! nyum..nyum...

Bahan untuk sambal sotong,

Sotong dalam 6-7 ekor yang saiz besar - di potong ikut saiz yang di kehendaki

1 ulas Bawang Besar di hiris

Minyak untuk menumis

Sedikit air asam jawa

Sedikit garam,gula dan Pak aji (jika mahu)

Bahan2 untuk di blend:

Cili kering (6-7 sudu makan)

Bawang Merah 4 biji

Bawang Putih 3 biji

Sedikit Belacan ( dalam sebesar ibu jari tu je)

Cara Penyediaannya,

1. Panaskan minyak, bila dah panas, masukkan bahan2 yang di blen tadi..

2. Masukkan juga garam, gula dan bahan perasa (jika mahu). Goreng hingga cili masak..

3. Bila cili yang di goreng tu dah pecah minyak, masukkan pula sotong tadi kemudian kacau sebati..

4. Last sekali masukkan air asam jawa, dan biarkan hingga agak pekat.. depends kepada citarasa anda sama ada mahu berkuah atau inginkan nye agak pekat..

lepas tu boleh lah ngap! heheheh.. sedap kalau makan dengan nasi panas.. wo! leleh air liuq den..

tips: aku x masukkan air ye, sebab asam jawa tu pun dah berair, + sotong bila di masukkan kedalam cili tu, die akan kuar kan lagi air.. so, x payah ler letak air lagi.. kn?

Taugeh masak lemak putih

Bahan-bahannya
Taugeh
Tauhu
Bawang besar sebiji - dihiris
Bawang putih 2 biji - dihiris
cili merah - di hiris
Santan - aku amik sebelah biji kelapa je.. sebab buat x banyak

cara penyediannya,
1. Renehkan santan, serta masukkan bawang yang telah dihiris.. dan kacau supaya tak pecah santan
2. Bila dah menggelegak, masukkan tauhu dan taugeh.. kacau sekejap..
3. Sebelum padamkan api tu, masukkan lah hirisan cili merah tadi..
dah siap pun!!

Senang kan?? taugeh tu boleh jugak di tukar ke kobis atau sayur2 lain nye.. dan juga boleh di tambah carrot.. memang sedap lah!

Selamat mencuba..

-chugie-

Saturday, April 17, 2010

Tempe dan ikan bilis bercili



Bahan-bahannya:
1 paket tempe - di potong segi empat nipis
Ikan Bilis - Ikut suke
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-
5 Batang Cili Merah ( untuk yang suka pedas, bleh lah letak beberapa tangkai cili api)
2 Ulas Bawang putih
2 Ulas Bawang Merah

Garam dan Ajinomoto Secukup Rasa..

Cara Penyediaannya,

1- Goreng Tempe dan ikan bilis dengan api yang perlahan, supaya tempe tu dapat di goreng dengan betul2 garing..

2- Tumis bahan kisar sehingga masak, dan biarkan sejuk sementara menggoreng tempe dan ikan bilis.

3- Setelah cili masak dan sejuk, barulah gaulkan tempe dan ikan bilis kedalamnya.. dan gaul hingga rata..

4- Sedia untuk di hidang...

Friday, April 16, 2010

Sup Ayam



Bahan2nya:

Ayam - setengah ekor ( di potong kecil)
2 Biji Kentang - di potong kecil
1 Biji Tomato
-Kalau suka, boleh juga masukkan carrot yang di potong cube-
2 Tangkai Daun sup yang di hiris kasar
2 ulas Bawang Putih di tumbuk hancur
Sedikit Kulit kayu manis & bunga lawang ( pengganti sup bunjut)
sedikit Garam dan perasa

Cara Penyediannya,
1- Renehkan Ayam yang telah di potong td bersama bunga lawang dan kulit kayu manis.
2- Masukkan kentang
3- Masukkan bawang putih dan renehkan hingga ayam dan kentang empuk
4- Bila dah empuk, masukkan garam dan perasa
5- Kemudian, sebelum matikan api, masukkan Tomato dan daun sup yang dihiris.

Thursday, April 15, 2010

Sayur Sawi Goreng




Bahan2nya:

1 Ikat Sawi - di potong
4 Ekor ikan bilis
1 Ulas Bawang Besar - Dihiris
2 Ulas Bawang Putih - Dihiris
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan Ajinomoto (pada yang suka)
Sedikit air

Cara Penyediannya:

1- Tumis bawang merah dan bawang putih, kemudian masukkan ikan bilis dan goreng hingga naik bau (agak kuning).

2- Kemudian masukkan sayur sawi yang dipotong dan masak hingga separuh layu..

3- Masukkan sedikit garam dan perasa (boleh guna sedikit gula untuk gantikan perasa)

4- Masukkan sedikit air ( Bagi mendapatkan sayur yang berkuah)

5- Sedia untuk di hidang...

Wednesday, April 14, 2010

Ikan Bakar Sumbat ala Mamalieyna




Bahan2nya:
2 Ekor Ikan Cencaru yang di garam dan kunyit. Belah bahagian atas badan ikan untuk disumbat dengan bahan tumisan.
1 Batang Serai di titik

Bahan untuk di kisar,
2 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
5 Sudu Cili kering yang di kisar

sedikit air asam jawa
Sedikit Minyak untuk Menumis
Garam, gula dan Perasa

2 Biji limau di belah dua

Cara Penyediannya:
1- Tumis bahan kisar dan cili hingga garing (naik bau), masukkan juga serai
2- Masukkan garam, gula dan bahan perasa
3- Masukkan air asam jawa dan biarkan die masak hingga agak pekat.
4- Setelah bahan tumisan tadi sejuk, masukkan bahan tersebut kedalam belahan ikan tadi.
5- Bakar ikan yang telah di sumbat tadi sehingga masak. ( boleh gunakan oven atau pan pemanggang tu)
6- Siap untuk di makan.. boleh juga di ratah dengan cili kicap atau air asam..

bestnye...!!