Nuffnang...

Followers

::Dapur Chugie:

HAK CIPTA TERPELIHARA

- Segalanya tentang makanan-


Tuesday, January 25, 2011

Ikan Goreng...

Ikan kembung Goreng

Sedapnye lah dapat makan kembung goreng ni kan.. makan ngan nasi panas dan kicap pun dh ok dah...

emm.. masakan yang paling senang, tapi paling susah untuk yang tak pandai masak.. betul x??

jom layan bahan2nye.:-Ikan kembung (ikut suke nak guna bape ekor ye..), serbuk kunyit, garam secukupnye, dan minyak masak secukupnye untuk menggoreng ikan.

caranye: gaul serbuk kunyit, dan garam pada ikan kembung, kemudian panaskan minyak, dan goreng ikan hingga masak dan garing..

dah siap, makan lah dengan nasi! sedap...

Tuesday, January 4, 2011

Petua: Nak dapat ayam panggang yang sedap?

Salam..
Nak share petua simple je ni..
Rata2 ramai yang suka buat grill chicken kan? atau mungkin daging ke...
untuk mendapatkan hasil yang mantap,
perapan tu hendaklah di perah lebih dari sejam..
Hasilnye memang mantap tau..
Lagi lama perapan tu, lagi sebati bahan2 yang kita perap dengan ayam tu.
yang paling penting, bahan tu haruslah ikut sukatan..
jangan ada yang terlebih, dan jangan ada yang terkurang..
-dari hasil eksperimen ku sendiri ni..-
-pernah buat perapan ayam x sampai setengah jam, hasilnye x memuaskan-
percubaan kali kedua, perap hingga lebih sejam, hasilnye.. PUJIAN dari semua..
"selamat mencuba"

Saturday, January 1, 2011

Ayam Masak Kicap

Ayam Masak kicap..
jom! jom try resipi ni..
senang je..

Bahan2:
Ayam - di goreng
Sedikit Minyak masak untuk menumis
Cili merah - hiris
Bawang besar - hiris
Bawang putih - hiris
Halia - hiris
Tomato - di belah (ikut suka)
kicap manis
garam

Caranya:
-Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, dan halia.
- Kemudian masukkan ayam yang dah di goreng tadi. Gaul rata.
- kemudian masukkan kicap manis + sedikit garam (ikut suka)
- Last sekali masukkan cili merah dan tomata, kemudian gaul rata.
Siap untuk di hidangkan dengan nasi panas..


-chugie-

Monday, December 6, 2010

Kek Pisang kukus

Kek pisang Kukus
sumber : facebook


Salam..
Sebenarnye dah lama teringin nak cuba buat kek pisang ni..
Asyik beli siap je kan.. kadang tu x sedap, dan tak kena kat tekak.
Search punye search, terjumpa lah resipi yang senang sangat ni..
So aku nak share dalam blog ni..
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan pisang
3/4 cawan gula
1 cawan minyak masak
1/2 tsp Soda Bikabornat
3 tsp Baking Powder
1 camca garam
1 camca esen vanila
2 biji telur
Caranya,
-telur dan gula di pukul hingga kembang,
-Pisang di lenyek dan di tambah ezen vanila
-Kemudian masukkan minyak masak, gaul rata.
-Masukkan pula tepung, garam baking powder, soda bikarbornat dan gaul rata.
-Masukkan adunan kedalam loyang yang telah di sapukan butter/mentega serta taburkan --sedikit tepung.
-Tutup loyang adunan tadi dengan aluminium foil supaya wap air tidak masuk kedalam,
-Kukus lah adunan selama sejam atau hingga adunan tadi masak..

SELAMAT MENCUBA..
daaaaaaaa
-chugie-

Wednesday, November 10, 2010

Bel Pasto

Salam..
now check it out at itallianese restaurant..
yup, aku memang suka makanan itali..
espc spageti and pizza!
sangat sedap..lg maveles..
ok, Bel Pasto ni terletak di
Desa aman puri, Sri Damansara, Kl.
Tak jauh dari opisku ini..
Jadi, untuk tukar2 selera bila dah jelak makan kat foodcourt,
kami akan kesini..
Harga, x mahal sangat pun.. masih mampu di bayar.
Nak murah, bleh ambil set lunch die.. start dr RM9++ kombinasi air+Sup+spageti
Kalau nak up lagi, bleh amik set no 3, kombinasi Air+sup+spageti+pizza hanya RM24++




dua gambar atas ni antara gambar yg sempat aku snap dlm restoran tu..
biasanya kalau waktu makan tengah hari, memang akan full..
lebih2 lagi time baru dapat gaji.
Onion sup..

ice lemon tea & soft drink..

Mushroom sup.. adui, memang marveles sup cendawan ni tau!
tiap kali ke mari, sure akan order sup ni..
berbaloi-baloi..

and the most recommended by me is their pizza!
really superb..
the dough is realy soft.. and the cheese.. argh! heaven..

Spageti bolognis (daging)

and ini.. spageti bolognis (ayam)

ada juga menu lain.. tp time aku pegi tu, hanya ini yg kami order..
but mostly their menu are superb!

two tumb for this restaurant!
daaaaaaaa
-chugie-

Monday, November 1, 2010

Restoran Jom Priok!

Salam..
ok2.. dah lama tak entri tempat makan kan?
ok jom! kita ke GIANT KELANA JAYA..
singgah sat kat restoran JOM PRIOK ni!!
Restoran ni 3 in 1 tau...
ada ALACARTE menu, STEAMBOAT set/buffet & DIM SUM (my fav!)..
Dah dua kali aku terjah tempat ni tau!
1st, sebab DIMSUM nye..
2nd, menu lain yang best!
3rd.. selesa!


Menunya..
Macam2 ada tau..
Steamboat tu ada Set dan buffet..
Range price steamboat set tu serendah RM8.80..
Buffetnye pulak RM27.9++ (kalau tak silap lah)
Gambar atas ni adalah ruangan steambot...
macam2 ada tau.. nak tau, jom ke sini!

Ruangan makannya..
setiap meja mesti ada set hidangan steamboat ni..

Kami makan Dimsum... sedap!
siap bertambah2 lagi..
Harga dari RM3.90 per set
Sos dim sum..
sebagai pencicah dim sum lah kan..
ada pedas dan manis.

Pau kayanya.. yang lembut dan gebu!
nice.. anakandaku sangat suka makan ni tau..

Nasi goreng cina..
pun sedap!
licin kami makan..
see.. banyak tak?

licin hingga menjilat sudu! ekekek:D
Sekian dulu entri makan2 ku...
daaaaaaa
-chugie-

Saturday, October 30, 2010

Bingka roti berjagung..

Salam..
owh...ini pun 1st time buat tau!
mulanye kawan se opis ni yang cuba buat..
die bawa ke opis utk kami rasa,
memang sedap!
terus lah hati ni teruja nak cuba..
dengan kesungguhan dan bahan2 yang tak di sukat dengan betul,
Bingka ni agak lembik.. tp sedap tau! :D

~Bingka Roti Berjagung~
Bahan-bahannya:
UHT fresh milk,
telur,
Roti,
Jagung dalam tin,
garam,
gula,
tepung,
butter...
Caranya,
Pukul telur dan butter yang dah di cairkan,
masukkan pula gula dan pukul..
masukkan susu, garam, tepung..
~carik2kan roti, kemudian siram dengan adunan tadi.. biarkan roti dalam 15-20 minit.
kemudian barulah masukkan jagung dalam tin tadi, dan bakar selama sejam.
adunan yang sedang di bakar...

yep! dah siap bakar pun...

masa tengah panas2 tu, memang sedap makan tau!
kalau nak sejukkan pun bleh jugak..
ikut selera masing2!!

sekian dulu,
-chugie-


bestnye...!!